assalamualaikum dan yo kepada dunia~
oh, baru hari ni; rabu 12 mei 2010. diadakan hari kokurikulum kat sekolah.
ni report aku tentang hari tu:
aku bangun lambat gak sebab malam2 aku main pc dan belajar sampai lewat malam (maklumlah, folio tak buat sepatah lagi.. exam pulak dua minggu lagi, botak kepala deng). aha, macam tu pun aku luang gak masa aku dgn game classic "legend of mana" aku kat pc. game tu dulu aku balik tadika selalu main, seronok siot. tapi aku nostalgia dan download kembali + emulator playstation (epsxe). aku leh tolong kome kalau nak emulator tu, gitau aku je kat chatbox.
cover game legend of mana (mungkin nampak lawak, tapi best)
6.45 am, ok. sebelum mandi semua, aku buka pc dan photostat kupon rm 2 sebanyak 5 copies (aku nak buat experiment, hehehe).. lepas tu bersiap, solat, minum bla2 tunggu adik aku bermekap (sebenarnya mana ada :D) dan aku pergi ke sekolah bersama adik aku si farah tu. sampai sekolah.
macam sangap la, tunggu kat perhimpunan nak dekat sejam. si cikgu cakap ada VIP datang, siap kene nyanyi negaraku kalau dia datang. aku fikir "VIP ni sultan ke, boleh tahan gak eh". tetibe VIP pun datang, harapan ku jatuh. hanyalah seorang, pak cik tua boroi iaitu ketua penyiasatan jenayah daerah manjung. ala.. bagi la hebat sikit, najib ke. tak kisah la jugak. keke
lepas tu hafizuddin mintak tolong rakam abang dia & the geng buat persembahan dikir barat kat atas pentas. aku tak la enjoy sgt, sbb dah tgk 3 kali dah rasanya. tapi persembahan tu mmg the best they have done la kalau berbanding sebelum2 punya performance. penat tangan aku merakam. tukar2 tangan lak tu, 16 minit aku pegang je camera tu. tapi takpe la, nak tolong member kan. :D
OK, time to RONDA & EAT. aku, hafizuddin, amin, shafiq dan rosz pergi ronda first2 tu. bukan makan pun. selepas rondaan ke 3, aku lost. shafiq je dengan aku. aduh, selalunya nak cari orang hilang masa hari kokurikulum bukan senang siot. tapi takpe la, rondaan ke 5 jumpe balik jugak. haha
yang lawak nya si najwa punya gerai (rasa2nya math & sains punya gerai) , si cikgu fauzi aka poji dtg pergi comment la. cikgu buat lawak la sebab gerai najwa SIAP JUAL BUKU NILAM SERINGGIT. haha, gila nak ambil untung sangatkan. wahaha
lepas tu, aku buat eksperimen aku. aku ambil 5 kupon palsu tu dan letak kat lantai blok D sbb kat situ ramai orang lalu. selepas aku beli nasi berlauk ikan buatan cikgu sazali, makan nasi tu, pergi promote hafiz punya pau (laku siott), full aiskrim, tgk alatan fishing bersama hafizuddin tukang explain (sbb aku ngong sikit bahagian mancing ni).. aku datang balik tempat eksperimen tu, tau tak apa jadi? HAHA, HILANG KUPON PALSU TU. gila, sekolah ni murid dia gila duit. wahaha
ok ni climax, time cabutan bertuah. aku punya la berharap aku menang sekurangnya satu sebab aku dapat supply dari cikgu noor azmah (thanks! :D) dan mukmin (heh). tahu sebab apa aku berharap aku nak menang sekurang satu? sebab aku ada LAPAN BELAS nombor, kira hampir mustahil kalau tak menang kan. dan ko tau apa tak? AKU TAK MENANG PUN. MAK AI. MALANG GILA. jamri ngan aku plan nak bakar rumah cikgu malam ni (konon). siapa tak marah. kalau ni betul2 punya macam kat 4D magnum orang main tikam nombor.. mmg orang bakar tempat tu sbb tak menang.
nak tgk 18 nombor aku? NAH
Wednesday, May 12, 2010
Hari Kokurikulum 2010?
Posted by DJ H4ck at 4:07 AM 0 comments
Tuesday, April 27, 2010
aw, sori eh. lama dah tak update blog.
assalamualaikum dan yo kepada dunia~
sekali sekala aku update ni pun, aku bukan rajin sgt pun buat bende camni. sebulan sekali bukak.. haha. :D tapi, mungkin nanti tgk la kalau mood aku berubah, aku jadi rajin sekejap la. ok dah cukup mengarut, time nak cite apa bende pelik dan seronok yang telah terjadi kat hidup aku baru2 ni.
baru habis download game team fortress 2! seronok siot game tu, aku spam mic dgn member2 gamer semua masa malam sabtu minggu lepas. bapa aku tak marah pulak, aku pulak rasa diri aku dah lebih2 jerit cam sial. mmg seronok main, aku syorkan bebudak gamer online ni cuba main team fortress 2 ni.
tekan sini kalau nak download secara cracked.
tapi kene register la, ala sekejap je. berbaloi dapat download team fortress 2 tu, lepas tu pergi console tulis; connect 202.190.182.75:27015 - jumpe kome kat sana :)
oh right, aku mula dengar lagu2 english lama seperti ac/dc, motley crue, van halen, oasis dan macam2 lagi. bagi semangat lagu tu, belajar pun sedap dgn lagu tu. :D
aku sekarang nak release map aku yang ke.. enam, atau ke tujuh tah. kepada kome yang heran "apa bende faris ni cakap pasal map semua tu", ni contoh program dia, tapi belum lagi convert ke bentuk map yang boleh dimain dalam game valve seperti counter-strike 1.6:

bende ni aku buat sebagai hobi aku, ramai member lelaki aku syorkan aku jadi arkitek sebab aku suka buat bende tu. tapi aku tak suka ikut arahan orang suruh lukis2 ni, aku ikut mood (pasal tu orang payah sgt dgn aku eh)

selain daripada semua ni, aku juga sedang baca manga air gear. woo best siot, rugi gila siapa yang tgk anime tapi tak baca sambungan dia kat manga. :D selain dari manga, aku tengah tgk nodame cantabile season 3, sekejap gila season 2.. aku harapkan lagi lama, tapi sekejap je. T-T cerita nodame ni romance comedy tau, dan bnyk mengajar tentang hidup orang yang mengambil jurusan musik classical.
ok kul 4 pagi dah, aku tido dulu. chao dan salam
Posted by DJ H4ck at 12:42 PM 0 comments
Wednesday, February 24, 2010
meet my fearless cats :D
Gambar aku ngan adik2 lelaki gagah aku:
haa lupa lak:
Ninoi:
Nepo:
Ben (Putih) & Kecik (Hitam):
Cici:
Winnie:
mana satu lagi comel? :P
~ deejay godam / faris
Posted by DJ H4ck at 2:16 AM 0 comments
Tuesday, February 23, 2010
Sesuatu terjadi masa waktu BM (bersama cikgu dewi)

Tuuuuu dia, aku lupa nak padam.
Mmg kene bebel ngan cikgu dewi la~
Lesson: Perkataan dungu jgn digunakan dlm apa2 karangan.
~ dee jay godam / faris
Posted by DJ H4ck at 12:14 AM 1 comments
Monday, February 22, 2010
selamat datang ke stesen perhentian faris :D
salam and greetings to all, woo.
ini first day aku buka blog aku..
baru nak adjust graphic, html codes, warne, hiasan dan macam2.
sila lah buat macam blog sendiri ye.
nanti aku letak chat box kecil kat tepi ni ye. :D
~ dee jay godam / faris
Posted by DJ H4ck at 11:46 PM 0 comments
